Dalam usaha mencapai cita-cita kehidupan untuk menjadi insan yang
sempurna, setiap individu hendaklah mengisi dirinya dengan berbagai
khazanah pengetahuan agama. Sehingga di dalam menjalani kehidupan yang
penuh cabaran ini kita tetap istiqamah dan sentiasa berpegang teguh
dengan tali agama Allah SWT.
Mempelajari pengetahuan agama merupakan tanggungjawab setiap umat
Islam, kerana ia bagaikan pelita yang menerangi setiap penjuru hati,
ia juga sebagai bekalan untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Berusahalah
untuk membimbing jiwa dan diri kita ke arah merindui kebenaran Ilahi.
Buku yang ada di tangan anda ini, memberikan bimbingan secara ringkas
tentang asas-asas agama Islam dan tentang ibadah yang harus kita lakukan
setiap hari. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua, insya
Allah.
|