Perjalanan hidup ini penuh ranjau yang berduri, menusuk setiap celah-celah
dan langkah kehidupan, kadangkala menjadikan kita terlupa bahawa setiap
goresan parutnya meninggalkan bekas yang sukar dihilangkan. Begitulah
bentuk dosa dalam mewarnai diri kita sehingga kita sukar untuk menepisnya,
akhirnya ia kekal menjadi milik kita.
Insan yang telah merasakan manisnya iman, mereka sangat benci dengan
maksiat dan dosa, sebaliknya bertambah rindu ingin berjumpa dengan Allah
SWT. Setiap kali ia menyebut asma Allah airmatanya menitis bercucuran
membasahi pipi dan terbayanglah betapa besar rahmat Allah dan betapa
keras seksaanNya. Mereka sentiasa bertaubat, baik ketika senang mahupun
ketika susah, dengan cara demikian dapat membimbing jiwanya ke arah
keredhaan Allah.
Jadikanlah keinsafan dan titisan airmata di dunia ini sebagai penawar
untuk memadamkan panas api neraka di akhirat nanti. Semoga taubat kita
tergolong dalam taubat nasuha, insya Allah.
|