Manusia tiada kuasa mencipta dirinya dan memang tidak sanggup untuk
menjadikan sesuatu buat dirinya. Maka jelas bahawa dirinya dan segala
sesuatu yang menjadi keperluan dalam hidupnya itu ada yang Pencipta
baginya. Itulah Allah SWT Rabb semesta alam.
Sudah tidak diragukan lagi dan tidak ada yang menyangkal bahawa manusia
mempunyai tabiat mementingkan dirinya sendiri sebelum orang lain.
Jelasnya, manusia mempunyai sifat tamak dan rakus. Akibat dari ingin
menguasai antara satu dengan yang lain, maka terjadilah kekacauan
dan perpecahan di kalangan mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa
dunia ini telah lama tenggelam di dalam kegelapan. Hukum yang berlaku
pada zaman itu ialah hukum rimba, yakni siapa yang kuat itu menang
dan mereka menghalalkan segala cara untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Rasulullah SAW membimbing umatnya ke jalan yang benar dan suci sehingga
mampu menjadi khalifah iaitu pemimpin yang bertaqwa di muka bumi.
Semoga buku ini dapat memberi pedoman bagi generasi Islam amnya, insya
Allah.
|