Setiap insan telah dibekalkan dengan potensi rindu kepada kesucian,
kemuliaan dan keagungan serta cenderung kepada keindahan, kebaikan,
kebenaran dan keadilan. Fitrah insaniah tersebut mengiringi bisikan
halus yang merupakan kurnia dan petunjukNya dalam membentuk semangat
dan kekuatan diri.
Cahaya keimanan yang dirakit dalam samudera hati akan diuji kekuatannya.
Jika datangnya dari Allah, maka disebut sebagai suatu ujian, namun jika
datangnya dari syaitan maka ia merupakan godaan. Keduanya memang berbeza
kerana yang pertama untuk mencuba dan meningkatkan kekuatan iman, sedangkan
yang kedua untuk meruntuhkan dan membinasakan diri.
Insan yang mendapat cahaya Ilahi, teguh dalam menghadapi cabaran sehingga
setiap langkah dan seluruh aktivitinya hanya mengharap keredhaan Allah
SWT.
|