Dunia merupakan persinggahan dari sebuah pengembaraan dimana rahsia
hakikat kehidupan tersimpan dalam kematian. Sesungguhnya maut suatu
kepastian yang datangnya tidak pernah diundang, terputusnya hubungan
antara roh dengan jasad dan pergantian suasana kehidupan, disamping
menjadi titian penghubung dalam menuju destinasi abadi.
Kerinduan datangnya maut tersimpan dalam sanubari insan bertakwa, kerana
gambaran kenikmatan disebalik kematian membias dalam makrifat keimanan.
Sebaliknya insan yang takut dengan kematian, jiwanya berpaut erat dengan
dunia dan tidak memiliki bekal amal soleh dalam menghadapi pengadilan
di hari kebangkitan.
Semoga buku ini mengetuk hati dan perasaan keinsafan dalam menghayati
makna kehidupan insan yang sebenar, insya Allah.
|